Pembangunan belia, sukan sebagai wadah perpaduan fokus utama Dr Taufiq

PUTRAJAYA – Pembangunan belia dilihat amat penting dalam menyiapkan generasi masa depan negara yang lebih hebat, selain mampu mengangkat bidang sukan sebagai satu wadah perpaduan dan membanggakan negara.

Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, ini merupakan hari pertama beliau memegang jawatan tersebut dan masih banyak perkara yang perlu diteliti dengan lebih mendalam.

“Saya akan mendapat taklimat daripada Ketua Setiausaha, ketua-ketua Jabatan dan sebagainya. Selepas sahaja taklimat tersebut, saya akan menyatakan dengan lebih terperinci lagi gerak kerja yang ingin kita lakukan.

“Tetapi sudah pasti dengan kerjasama baik daripada semua persatuan yang di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan apa yang lebih penting bagaimana KBS ini boleh bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain,” katanya ketika ditemui media selepas mengimbas kad perakam waktu di lobi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama timbalannya, Mordi Bimol, pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Taufiq turut merakam penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan diberikan menakhodai kementerian terbabit.

“Saya juga merakamkan terima kasih kepada bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Hannah Yeoh serta timbalannya, Adam Adli atas pelbagai inisiatif dan gerak kerja cemerlang yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatan di KBS.

“Kedua-dua mereka telah melaksanakan tugas dengan amat baik dan berkesan, dan saya yakin asas kukuh yang telah dibina akan terus diperkasakan serta diteruskan oleh saya bersama timbalan,” katanya.

Dr Taufiq sebelum ini dikenali sebagai antara wakil rakyat muda yang aktif memperjuangkan isu pembangunan belia dan kemasyarakatan, sekali gus dijangka membawa dimensi baharu kepada kepimpinan KBS.

Pelantikan Dr Taufiq itu diumumkan Anwar, pada Selasa sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet Kerajaan MADANI bagi mengisi beberapa jawatan yang dikosongkan.

Rombakan Kabinet ini adalah kali kedua di bawah pentadbiran Anwar selepas rombakan pertama dibuat pada 12 Disember 2023.

Dr Taufiq, 29, ialah seorang ahli politik dan doktor perubatan yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani sejak November 2022.

Beliau dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur dan merupakan anak keenam daripada lapan adik-beradik.

Bapa beliau ialah Tan Sri Johari Abdul, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani dari 2008 hingga 2022 dan kini menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Islam Bandung, Indonesia, Dr Taufiq pernah berkhidmat dalam latihan perubatan di beberapa hospital di negara itu sebelum melibatkan diri sepenuhnya dalam dunia politik.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau berjaya memperoleh 50,580 undi menewaskan pesaing terdekat dan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Robert Ling Kui Ee yang mendapat 49,465 undi.

Dr Taufiq adalah Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ketua Cabang Sungai Petani dalam PKR, sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Related Posts

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

SINGAPURA – Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Malaysia yang memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksanaan perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja menerusi penugasan pasukan pemerhati ASEAN ke kawasan sempadan kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

PAS dijangka mengukuhkan kerjasama politik dengan kumpulan yang diketuai bekas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), sekali gus meningkatkan spekulasi mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Gordon sah sertai Barcelona

Gordon sah sertai Barcelona