Rujuk Perlembagaan Persekutuan dalam isu UEC

PUTRAJAYA – Sebarang cadangan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mesti berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ia sekali gus tidak boleh diputuskan berdasarkan tekanan politik atau tuntutan sempit mana-mana pihak.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pendirian Kerajaan MADANI kekal tegas bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu adalah prinsip asas negara yang tidak boleh dikompromi serta terpakai kepada semua aliran pendidikan tanpa pengecualian.

Beliau berkata, selaras dengan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua aliran pendidikan termasuk Cina, Tamil, Arab, Inggeris dan sekolah antarabangsa wajib memastikan penguasaan kukuh terhadap Bahasa Melayu sesuai dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan aspirasi nasional dalam pembentukan jati diri serta perpaduan negara.

“Di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kami akan terus memperkukuh hala tuju pendidikan tinggi negara yang inklusif, progresif dan berdaya saing.

“Penekanan akan diteruskan kepada penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa teras, bahasa teknologi dan bahasa ilmu,” katanya, lapor Berita Harian.

Menurut Zambry, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan akan digerakkan seiring pemerkasaan Bahasa Inggeris serta bahasa lain termasuk Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa-bahasa suku dengan matlamat melahirkan bakat nasional berkeupayaan multilingualisme, seimbang serta berakar pada nilai kenegaraan.

“Kita mahu memastikan graduan negara bukan sahaja fasih berbahasa, tetapi mampu memenuhi tuntutan dan cabaran global tanpa mengabaikan identiti kebangsaan,” tambahnya.

Related Posts

Kerjasama Malaysia-Rusia jamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 20 tahun – PM

KEPALA BATAS – Malaysia memperoleh jaminan bekalan petrol, gas dan diesel untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun hasil kerjasama jangka panjang yang dipersetujui bersama Rusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Petronas diberi tanggungjawab urus telaga gas terbesar Turkmenistan – PM

BUTTERWORTH – Keputusan kerajaan Turkmenistan menyerahkan pengurusan telaga gas terbesar negara itu kepada Petronas disifatkan sebagai pencapaian bersejarah yang mampu menjamin keselamatan bekalan tenaga jangka panjang Malaysia. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-Rusia jamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 20 tahun – PM

Kerjasama Malaysia-Rusia jamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 20 tahun – PM

Petronas diberi tanggungjawab urus telaga gas terbesar Turkmenistan – PM

Petronas diberi tanggungjawab urus telaga gas terbesar Turkmenistan – PM

Ekonomi negara beralih ke arah teknologi tinggi dan AI – PM

Ekonomi negara beralih ke arah teknologi tinggi dan AI – PM

Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak