Rujuk Perlembagaan Persekutuan dalam isu UEC

PUTRAJAYA – Sebarang cadangan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mesti berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ia sekali gus tidak boleh diputuskan berdasarkan tekanan politik atau tuntutan sempit mana-mana pihak.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pendirian Kerajaan MADANI kekal tegas bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu adalah prinsip asas negara yang tidak boleh dikompromi serta terpakai kepada semua aliran pendidikan tanpa pengecualian.

Beliau berkata, selaras dengan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua aliran pendidikan termasuk Cina, Tamil, Arab, Inggeris dan sekolah antarabangsa wajib memastikan penguasaan kukuh terhadap Bahasa Melayu sesuai dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan aspirasi nasional dalam pembentukan jati diri serta perpaduan negara.

“Di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kami akan terus memperkukuh hala tuju pendidikan tinggi negara yang inklusif, progresif dan berdaya saing.

“Penekanan akan diteruskan kepada penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa teras, bahasa teknologi dan bahasa ilmu,” katanya, lapor Berita Harian.

Menurut Zambry, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan akan digerakkan seiring pemerkasaan Bahasa Inggeris serta bahasa lain termasuk Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa-bahasa suku dengan matlamat melahirkan bakat nasional berkeupayaan multilingualisme, seimbang serta berakar pada nilai kenegaraan.

“Kita mahu memastikan graduan negara bukan sahaja fasih berbahasa, tetapi mampu memenuhi tuntutan dan cabaran global tanpa mengabaikan identiti kebangsaan,” tambahnya.

Related Posts

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa

PENUBUHAN Tribunal Antibuli 2026 menerusi Akta Antibuli 2026 [Akta 867] dilihat berpotensi meningkatkan mekanisme perlindungan mangsa serta mempercepatkan pengendalian kes berkaitan buli. Pengamal undang-undang, Zaim Jalal berkata, tribunal berkenaan berupaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agihan kerusi hadapi PRU di Sabah akan dibincang kemudian

KOTA KINABALU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud memaklumkan keputusan mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan dibincangkan kemudian. Beliau berkata, kenyataan Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turapan konkrit di Bandar Prima dikorek bagi penyelenggaraan awal

Turapan konkrit di Bandar Prima dikorek bagi penyelenggaraan awal

Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa

KOSMA kekal raih untung konsisten

KOSMA kekal raih untung konsisten

Agihan kerusi hadapi PRU di Sabah akan dibincang kemudian

Agihan kerusi hadapi PRU di Sabah akan dibincang kemudian