UEC bercanggah sistem pendidikan nasional

PUTRAJAYA – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan mempunyai banyak percanggahan dengan sistem pendidikan negara yang berteraskan perpaduan nasional.

Presiden Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (Mendidik), Mohd Ridhwan Othman berpandangan, tiada keperluan buat kerajaan mengiktiraf sistem pendidikan tersebut seperti yang dicadangkan oleh DAP.

“Kita semua sedia maklum Kementerian Pendidikan giat memastikan sekolah-sekolah kebangsaan dinaik taraf sebagai Sekolah Wawasan.

“Ia merupakan sebuah konsep pendidikan yang merangkumi semua mata pelajaran dalam suasana perpaduan, setia kawan dan kebersamaan semua kaum serta agama.

“Inilah jalan terbaik untuk mengukuhkan negara, bukan dengan mengiktiraf UEC,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Ridhwan berpendapat, kerajaan seharusnya lebih proaktif memperkukuh serta memperbaiki sistem pendidikan sekolah kebangsaan agar selari dengan keperluan semasa.

Beliau menyeru agar DAP menghormati Perlembagaan yang telah termaktub di negara ini termasuk Rukun Negara perlu diamati secara wajib bagi setiap rakyat yang bernaung di Malaysia termasuk sejarah Perlembagaan negara.

“Bukannya sejarah dari negara luar di bawa ke dalam sistem pendidikan negara.

“Mendidik Malaysia tidak akan bersetuju dengan cadangan pengiktirafan peperiksaan itu yang dibawa oleh DAP. Kita membantah sekiranya kerajaan mahu mengiktiraf UEC,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dilaporkan mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Kor Ming juga mengulang pendirian DAP dalam usaha tersebut dan meminta masyarakat Cina supaya bersabar dan jangan khuatir.

Menurutnya, DAP telah mendengar suara masyarakat Cina dan akan menyemak diri secara rendah hati supaya negara terus maju.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini