Hajiji angkat sumpah sebagai ADUN Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mendahului barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Dewan Mesyuarat DUN Sabah di sini, pada Khamis.

Upacara itu berlangsung di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M.Yahya.

Selepas Hajiji, majlis diteruskan dengan barisan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri serta para menteri kabinet negeri mengangkat sumpah, diikuti Ketua Pembangkang, barisan Pembantu Menteri dan keseluruhan ADUN dipilih yang lain.

Turut mengangkat sumpah ialah enam ADUN dilantik, iaitu Datuk Mohamed Razali Razi, Datuk Abdul Kassim Razali, Datuk Caesar Mandela Malakun, Datuk Ir Chin Shu Ying, Datuk Roger Chin Ken Fong dan Grace Lee Li Mei.

Sementara itu, pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2026 oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, dijadualkan berlangsung pada esok (Jumaat).

Related Posts

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

ROBAN – Sambutan Hari Gawai 2026 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong yang berlangsung di Dewan Masyarakat Roban pada Sabtu disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dan pemimpin setempat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

BATU PAHAT – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung serentak disifatkan sebagai detik penting bagi memastikan kesinambungan kestabilan politik negara serta mengukuhkan Kerajaan Perpaduan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar