Tiada niat ganti ayah, siapa sahaja terbuka sambung perjuangan Bung Moktar

PEMILIHAN calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag adalah terletak pada keputusan pimpinan tertinggi parti bagi mengisi kekosongan kerusi itu susulan pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar yang disebut-sebut antara calon yang akan mengisi kekosongan kerusi itu berkata, DUN Lamag seharusnya dikembalikan kepada anak jati kawasan itu untuk meneruskan perjuangan.

Beliau yang diamanahkan untuk membantu mempertahankan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 mengakui terdapat sentimen besar daripada pelbagai pihak supaya beliau menggantikan Allahyarham bapanya.

“Saya hargai sokongan yang mahu saya sendiri bertanding, namun pemilihan calon adalah keputusan parti dan bukanlah keputusan peribadi semata-mata. Selaku ahli yang setia, saya menghormati sepenuhnya apa sahaja keputusan itu.

“DUN Lamag bukan sekadar kawasan baharu. Ia adalah tanah perjuangan yang dibina dengan keringat dan maruah rakyatnya. Sejak diwujudkan pada 2020, suara Lamag mesti terus berkumandang dengan penuh harga diri,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Naim berpandangan, calon yang dipilih mestilah anak jati Lamag, berumur 50 tahun ke bawah, mempunyai pendidikan serta memiliki kesetiaan kepada perjuangan parti.

“Saya membuka ruang seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria ini untuk kita sama-sama melangkah ke medan juang,” katanya.

Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Sabah pada 1.46 pagi, kurang seminggu selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag untuk penggal kedua.

Pada PRN Sabah ke-17, 29 November lalu, Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Di peringkat politik nasional, Allahyarham dipilih sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada November 1999 dan terus berkhidmat selama enam penggal berturut-turut.

Selasa lalu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 16 Disember ini.

Related Posts

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

MIRI – Penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, pemilikan perumahan mampu milik, serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan merupakan antara perkara utama yang diharap diberi penekanan dalam Belanjawan Sarawak 2027 bagi memenuhi keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

MUKAH – Sikap mendahulukan keperluan rakyat berbanding diri sendiri yang ditonjolkan oleh bekas Penghulu Kampung Penat, Jeffrina Galau akhirnya berbalas apabila beliau kini menerima manfaat di bawah Program Penambahbaikan Rumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎