Larangan bawa telefon bimbit di saluran mengundi, patuhi tatacara baharu – SPR

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengingatkan pengundi supaya mematuhi larangan membawa atau menggunakan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Dewan Undangan Sabah esok.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, larangan tersebut adalah sebahagian daripada tatacara pengundian baharu yang diperkenalkan bagi menjaga kerahsiaan undi serta memastikan proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Poster larangan penggunaan telefon bimbit akan dipamerkan di luar dan di dalam tempat mengundi sebagai peringatan kepada pengundi.

“Bagi pengundi yang membawa telefon bimbit, ia perlu ditinggalkan di tempat khas yang disediakan sebaik sahaja menerima kertas undi, dan hanya boleh diambil semula selepas selesai mengundi,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada Jumaat.

Khairul berkata, pengundi boleh merujuk poster ’10 Langkah Pengundian’ yang turut dipamerkan bagi memberikan panduan jelas mengenai proses pengundian.

Beliau turut menegaskan kepentingan menjaga kerahsiaan undi pada setiap masa.

“Selain itu, turut diingatkan bahawa pengundi dan petugas dilarang sama sekali memakai pakaian, topi, pelitup muka atau membawa sebarang material yang memaparkan logo, gambar calon, slogan atau unsur kempen parti ketika berada di pusat mengundi,” katanya.

Beliau berharap semua pengundi mematuhi undang-undang dan etika pilihan raya bagi memastikan proses mengundi dapat berlangsung dengan teratur dan aman.

Related Posts

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa