Calon PH DUN Karamunting nafi tuduhan amalan pemberian wang

SANDAKAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya wujud amalan ‘pejabat memberi wang’ seperti yang tular baru-baru ini.

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh pihak luar dan beberapa kumpulan politik itu adalah tidak benar, tidak berasas serta bersifat fitnah yang boleh mengelirukan rakyat.

“Saya sentiasa berpegang pada prinsip adil dan bertanggungjawab.

“Saya tidak pernah menggunakan kaedah sebegitu dan tidak pernah menyalahgunakan kuasa untuk mempengaruhi pengundi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, taktik politik tidak bertanggungjawab seperti itu hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta boleh menjejaskan keharmonian antara pengundi.

“Kami menyeru semua pihak agar berpegang kepada fakta dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak berasas,” tegasnya.

George turut menejelaskan bahawa beliau akan terus memberi tumpuan kepada usaha membangunkan Karamunting melalui tindakan dan perkhidmatan yang nyata.

Related Posts

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa