Curi elektrik: TNB rugi RM5.14 bilion angkara sindiket bitcoin

TENAGA Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian sebanyak RM5.14 bilion dari 2020 hingga sekarang akibat penggunaan bekalan elektrik secara haram di premis yang menjalankan aktiviti melombong mata wang kripto dan bitcoin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerugian itu dikenal pasti hasil serbuan di 14,489 premis melalui 91 operasi manakala 77 kertas siasatan dibuka.

“TNB memantau penggunaan elektrik yang luar biasa, gangguan pada meter dan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Cyber Security Malaysia.

“TNB juga sedang merintis penggunaan meter di pencawang untuk mengesan kebocoran bekalan elektrik,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai jumlah kerugian TNB akibat kecurian elektrik serta jaminan pemilik tidak dipertanggungjawabkan atas bil atau hutang yang terhasil.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, sejak pengenalan sistem biometrik dan pengetatan prosedur, kes pemalsuan identiti telah menurun secara ketara.

“Sebelum ini pada 2021 terdapat 92 kes, 2022 (49 kes) dan 2023 (26 kes) dan selepas pengenalan sistem biometrik hanya terdapat tiga kes,” katanya.

Fadillah berkata, kerajaan tidak akan mempertanggungjawabkan pemilik premis untuk menanggung bil tertunggak atau hutang yang terhasil daripada pemalsuan identiti.

“Jaminan itu diberikan jika terbukti pemilik akaun tidak terbabit dalam pemalsuan identiti atau akaun dipalsukan pihak ketiga,” katanya.

Related Posts

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

KANGAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan nama agensi kerajaan bagi menawarkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau bantuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar