Rakyat diseru pilih pemimpin yang bekerja

SANDAKAN – Pilih pemimpin yang boleh bekerja, seru Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Firdaus berkata, penduduk diminta menilai calon yang mampu bekerjasama dengan masyarakat setempat serta berupaya membawa pembangunan berterusan.

“Pilih pemimpin yang boleh kerja dengan kita.

“Undi jangan berpecah. Kalau undi berpecah, yang untung nanti orang lain,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Rakyat di Markas Pakatan Harapan (PH) di Karamunting Sandakan, di sini pada Rabu.

Mengulas mengenai kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kampung (Kg) Karamunting baru-baru ini, katanya PMX meninjau sendiri keadaan serta keperluan penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, lawatan berkenaan dianggap istimewa kerana Perdana Menteri lazimnya menghadiri program di lokasi lebih besar seperti dewan atau sekolah, namun kali ini memilih untuk turun ke kampung berkenaan bagi melihat isu setempat dengan lebih dekat.

“Beliau mahu lihat sendiri apa masalah di kampung ini, bagaimana keadaan penduduk dan apa bentuk bantuan yang diperlukan,” katanya.

Dalam ucapannya, Khairul Firdaus turut menyentuh mengenai usaha kerajaan yang menyaksikan Kg Karamunting telah digazetkan selepas sekian lama menunggu.

“Berapa puluh tahun kita tunggu? Tidak pernah digazetkan. Alhamdulillah sekarang kampung sudah digazet,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa majoriti rumah di kampung itu telah menerima bantuan bumbung jenis zink spandex, manakala hanya rumah batu tidak termasuk dalam agihan tersebut.

Khairul Firdaus berkata, beliau menyeru pengundi di Karamunting supaya menggunakan tempoh kempen sehingga 29 November 2025 untuk membuat penilaian sebaiknya sebelum memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah kali ini.

“Teruskan kempen, jangan berhenti sehingga hari terakhir,” katanya.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang