Ribut Tropika Senyar tiba di Malaysia malam ini

RIBUT Tropika Senyar dijangka memasuki Semenanjung Malaysia tengah malam ini dengan membawa sekali hujan lebat luar biasa dan angin kencang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd. Anip berkata, antara negeri yang dijangka menerima kesan ketara ribut berkenaan ialah sempadan antara Perak dan Selangor serta beberapa kawasan di Pahang.

Menurutnya, ribut tropika itu telah melanda Indonesia sejak pukul 3.30 petang tadi sebelum dijangka memasuki Semenanjung Malaysia dan seterusnya bergerak menuju ke Laut China Selatan.

“Ia dijangka melanda dalam tempoh 24 jam. Jika berlaku, ini akan menjadi ribut tropika ketiga terburuk melanda negara selepas Greg pada 1996 dan Vamei pada 2001.

“Ribut tropika ini dijangka berterusan sehingga Sabtu sebelum beredar selepas Ahad. Negeri yang sudah dilanda banjir pula dijangka mengalami keadaan lebih buruk kerana paras air sungai dan perairan ketika ini sudah tepu, selain turut membawa angin kencang serta laut bergelora,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat METMalaysia, hari ini.

Terdahulu, METMalaysia mengeluarkan amaran mengenai pembentukan ribut tropika yang dikesan pada kedudukan Latitud 3.7° Utara dan Longitud 98.6° Timur.

Ribut berkenaan dijangka bergerak ke arah Timur Tenggara dengan kelajuan kira-kira tujuh kilometer (km) sejam serta berpotensi membawa angin maksimum mencecah 65km sejam.

Mohd Hisham berkata, ribut itu mula melanda Aceh dengan kekuatan angin 80km sejam dan dijangka melemah kepada 50km sejam apabila memasuki Semenanjung.

“Kelajuan angin biasa hanyalah 10 hingga 20 kilometer sejam. Ribut tropika akan menjadi lebih kuat jika menerima tenaga daripada hujan serta kelembapan,” katanya.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa hargai bantuan pendidikan, bukti keprihatinan pentadbiran Aminuddin

Ibu bapa hargai bantuan pendidikan, bukti keprihatinan pentadbiran Aminuddin

Orang Asli Sungai Lui, Sungai Sot semakin terhimpit akibat ‘orang luar’

Orang Asli Sungai Lui, Sungai Sot semakin terhimpit akibat ‘orang luar’

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana