Liverpool tumbang di Anfield, kali ini di tangan PSV Eindhoven

MUSIM suram Liverpool bertambah parah awal pagi tadi apabila mereka tewas 1-4 kepada PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), sekali gus merekodkan kekalahan pertama di Anfield dalam 14 perlawanan peringkat kumpulan kejohanan elit Eropah itu.

Couhaib Driouech menjadi pemangkin utama kemenangan PSV dengan dua jaringan, manakala Ivan Perisic melalui sepakan penalti serta Guus Til turut mencatat nama sebagai penjaring.

Kejayaan itu mengangkat PSV ke tangga ke-14 UCL dengan lapan mata, manakala Liverpool yang bergelut dengan sembilan kekalahan dalam 12 aksi terakhir merentasi semua pertandingan jatuh ke kedudukan ke-12 dengan sembilan mata.

The Reds berdepan permulaan buruk apabila tindakan pelik Virgil van Dijk yang tertampan bola dengan tangan menghadiahkan penalti kepada PSV seawal minit keenam dan Perisic tenang menewaskan Giorgi Mamardashvili.

Liverpool kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-16 menerusi Dominik Szoboszlai selepas percubaan Cody Gakpo gagal digenggam kemas penjaga gol Matej Kovar, sebelum bola muntah tepat ke ruang yang disambar pemain Hungary itu.

Namun, PSV kembali di depan pada minit ke-56 apabila Til melakukan larian tepat waktunya untuk menyambut hantaran Mauro Junior, mengatasi kawalan Milos Kerkez sebelum menolak masuk melepasi Mamardashvili.

Driouech kemudian melebarkan jurang pada minit ke-73 selepas rembatan Ricardo Pepi mengenai tiang dan beliau pantas menolak bola lantun itu ke gawang.

Penyerang PSV itu menamatkan malam cemerlang dengan gol keduanya pada masa kecederaan, menyempurnakan hantaran Sergino Dest.

Pada Sabtu lalu, Liverpool dimalukan Nottingham Forest 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, juga di Anfield.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai