Bantuan Wang Ihsan wajib daftar MyIBJKM

KANGAR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menegaskan bahawa bantuan Wang Ihsan (WI) kepada mangsa banjir hanya akan disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar secara rasmi melalui aplikasi MyIBJKM dan direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim berkata, pendaftaran di PPS dan aplikasi MyIBJKM merupakan syarat mandatori bagi memastikan proses verifikasi dan pembayaran dapat dilakukan secara tepat mengikut data yang disahkan.

Menurut beliau, setiap mangsa perlu terlebih dahulu mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat supaya maklumat mereka boleh disahkan sebelum dimasukkan ke dalam sistem MyIBJKM untuk tujuan kelulusan bantuan.

Katanya, bayaran WI akan dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan penerima akan dihubungi pihak bank selepas maklumat mereka disahkan menerusi sistem aplikasi berkenaan.

“Kalau daftar dalam aplikasi, insya-Allah tiada masalah. Yang tidak daftar, kita bimbang akan timbul masalah kemudian hari kerana sistem bayaran memerlukan data yang sah dan lengkap,” katanya semasa tinjauan banjir di Perlis pada Rabu.

Beliau turut mengingatkan bahawa kehadiran mangsa ke PPS penting untuk pengesahan data, khususnya bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, wanita dan warga emas, meskipun PPS bukan tempat yang selesa untuk didiami.

Dalam perkembangan lain, Meor Ismail berkata, negara kini berdepan tujuh episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut, dengan episod pertama dijangka berterusan sehingga esok berdasarkan jangkaan awal Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Insiden banjir di beberapa negeri termasuk Kelantan berpunca daripada taburan hujan sebulan yang turun dalam tempoh dua hari, manakala data lengkap bagi Perlis masih menunggu laporan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Saya menasihatkan penduduk supaya lebih berwaspada kerana paras air selain memastikan kanak-kanak sentiasa berada di bawah pengawasan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” ujarnya.

Related Posts

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Pewarisan Orang Islam 2026 yang diluluskan Kerajaan Sabah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri menjadi langkah penting dalam memperkemas dan memodenkan perundangan Syariah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah