Tujuh blok pangsapuri terbakar, lebih 10 maut

SHENZHEN – Sekurang-kurangnya 13 maut dalam kebakaran besar di kompleks kediaman membabitkan tujuh blok pangsapuri 32 tingkat di Hong Kong, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Rabu, memetik pihak berkuasa.

Seramai 15 lagi dilaporkan cedera, menurut beberapa laporan media.

Pihak berkuasa mengklasifikasikan kebakaran yang berlaku pada waktu petang di kompleks kediaman Wang Fuk Court di daerah Tai Po sebagai kecemasan tahap 5, iaitu tahap amaran tertinggi.

Seorang anggota bomba antara yang maut dengan kerajaan Hong Kong mengesahkan lelaki berusia 37 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di lokasi dan dibawa ke hospital dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan.

Api memusnahkan tujuh blok pangsapuri di kompleks berkenaan, menyebabkan penduduk terperangkap di kediaman masing-masing.

Kompleks itu terdiri daripada lapan blok pangsapuri, setiap satu mempunyai 32 tingkat dan hampir 2,000 unit kediaman.

Menurut laporan, kesemua bangunan itu dipasang perancah buluh bagi kerja pengubahsuaian.

Foto dan video dari lokasi menunjukkan kepulan asap tebal naik dari menara kediaman itu.

Akhbar South China Morning Post melaporkan lebih 760 anggota bomba dan 400 pegawai polis dikerahkan, manakala lebih 700 orang mendapatkan perlindungan di pusat penempatan kecemasan.

Related Posts

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa ketua perisikan sementara yang baharu dilantik supaya memulakan tindakan memecat kakitangan. Perkara itu menambah kontroversi berhubung pelantikan individu tidak mempunyai pengalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Israel rancang perluas 70 peratus wilayah Gaza, garisan kuning kian menghimpit

RANCANGAN Israel untuk meluaskan penguasaan ketenteraannya sehingga merangkumi 70 peratus wilayah Gaza mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan warga Palestin yang menyifatkan zon perlindungan sivik kini semakin mengecil dan tidak lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana