Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi zahir takziah kepada keluarga wakil Astro Awani Perlis

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan ucapan takziah penuh dukacita kepada keluarga wakil Astro Awani Perlis, Allahyarham Mohamad Asri Shafii yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Arau, baginda bertitah bahawa pemergian Allahyarham memberikan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga dan rakan sejawatan, tetapi juga kepada masyarakat yang mengenali komitmen serta dedikasi tinggi beliau dalam dunia kewartawanan.

“Tuanku Raja Muda Perlis turut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berdoa semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini,” menurut kenyataan itu.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menziarahi keluarga Allahyarham di Masjid Ibnu Taimiyah, Tambun Tulang di Arau.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut berkongsi rasa sedih atas pemergian Allahyarham, menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan buat dunia kewartawanan tanah air.

“Saya turut bersedih menerima khabar duka mengenai pemergian wakil Astro Awani di Perlis awal pagi tadi. Baru semalam (Selasa) Allahyarham membuat liputan secara langsung dari Kedah mengenai operasi evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hat Yai.

“Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga serta sahabat handai Allahyarham. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham Mohamad Asri, 49, sebelum itu terlibat membuat liputan mengenai rakyat Malaysia yang terkandas banjir di Hatyai, Thailand, sebelum dipercayai mengalami serangan jantung dalam perjalanan pulang.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisoner Yusharifuddin Mohd. Yusop, berkata, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Behor Pulai kira-kira pukul 7.20 pagi, selepas dikatakan menolak keretanya yang terkandas dalam banjir.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebelum menyertai Astro Awani sebagai wakil di Perlis.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA