Pelaksanaan eKYC bagi akaun media sosial dijangka bermula suku kedua 2026

KOTA MARUDU – Pelaksanaan proses pengesahan identiti digital atau electronic Know Your Customer (eKYC) bagi pembukaan akaun media sosial dijangka bermula seawal suku kedua tahun 2026.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sistem tersebut bertujuan memastikan hanya pengguna berusia 16 tahun ke atas memiliki akaun media sosial, manakala kanak-kanak di bawah umur akan disekat daripada mendaftar akaun baharu.

“Menjelang tahun hadapan berkemungkinan pada separuh  kedua paling lewat tahun 2026, kita akan minta supaya platform-platform media sosial mengenakan sekatan kepada anak-anak bawa usia 16 tahun dari membuka akaun media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program hari Bersama Komuniti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Tiga Langkon, di sini pada Rabu.

Jelasnya, beliau telah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti mekanisme yang digunapakai di Australia, yang dilihat berkesan dalam mengawal akses pengguna di bawah umur 16 tahun.

“Saya telah minta supaya pihak MCMC turut meneliti mekanisme yang dimanfaatkan di Australia di mana kita lihat secara umumnya di Australia mereka melakukan pembekuan.

“Sekiranya seorang kanak-kanak bawa usia 16 tahun memiliki akaun media sosial pertama apa yang berlaku ialah akaun mereka dibekukan dan bila mereka cukup 16 tahun maka mereka akan mendapat semula akses kepada akaun tersebut.

“Kedua saya lihat cara yang terbaik kemungkinan akan bergantung kepada dokumen yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti pasport Mykad dan Mydigital ID termasuk bagi warga asing mereka punya passport mereka untuk membuat pengesahan akaun media sosial,” katanya.

Beliau berkata, langkah tersebut bukan sahaja bertujuan melindungi golongan bawah umur daripada risiko keselamatan digital, tetapi juga untuk membanteras penyebaran akaun palsu yang banyak digunakan untuk penipuan dan perjudian dalam talian.

Related Posts

Negara hancur dengan kebencian

1. Sejarah membuktikan bahawa membina sesebuah negara atau tamadun memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, iltizam dan usaha yang berpanjangan. 2. Tetapi, untuk meruntuhkannya amat mudah, iaitu dengan menyemai kebencian, mengapi-apikan sentimen kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru rakyat hayati semangat hijrah melalui perpaduan dan usaha bersama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru seluruh rakyat menghayati semangat hijrah dengan memperkukuh persefahaman serta menjalin kerjasama dalam kalangan komuniti yang pelbagai demi membina masa depan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC – Jauteh

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC –  Jauteh

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience