Kerajaan MADANI banyak bantu pembangunan Sabah, bukan hanya MA63

SANDAKAN – Komitmen kerajaan Persekutuan terhadap Sabah bukan hanya berkisar pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), malah merangkumi pembangunan pendidikan dan infrastruktur asas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI diterajui Pakatan Harapan (PH) adalah antara kerajaan paling banyak menyalurkan bantuan kepada Sabah.

Menurutnya, Sabah menerima peruntukan pembinaan sekolah baharu paling banyak sepanjang tiga tahun kerajaan sekarang memerintah, selain peruntukan tambahan untuk menaik taraf kemudahan pendidikan yang uzur.

“Sekolah teruk, jalan berlubang. Ini semua kita tangani. Paling banyak sekolah baru semasa kita perintah. Ibu bapa yang ada anak, tolong ingat ini.

“Nak marah sikit okey. Nak tegur sikit tak apa. Saya tak marah. Saya faham. Kadang-kadang orang susah saya faham tapi jangan kata kita (kerajaan) tak tolong.

“Ini kerajaan Pakatan Harapan (PH), paling banyak tolong orang susah,” katanya dalam ucapan pada Program Ramah Mesra Bersama Belia Sandakan di gelanggang futsal Kampung Sim-Sim, pada Khamis.

Hadir sama, calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura, Vivian Wong Shir Yee dan Tang Szu Ching (Tanjung Papat).

Sementara itu, Anwar menegaskan kerajaan pimpinannya komited melaksanakan pembayaran semula 40 peratus hasil bersih kepada Sabah seperti termaktub dalam MA63 dan menekankan bahawa isu berkenaan tidak lagi menjadi bahan retorik politik.

Beliau yang juga Pengerusi PH memaklumkan , hanya kerajaan Persekutuan di bawah PH yang memulakan rundingan serius dan langkah pelaksanaan terhadap tuntutan berkenaan.

“Kerajaan mengembalikan kuasa pengurusan elektrik kepada Sabah dan meluluskan tambahan dana besar bagi memastikan pembinaan infrastruktur tenaga berjalan lancar.

“Sabah minta elektrik. Kita bagi balik. Mereka kata tak cukup dana. Saya tanya berapa? RM1.2 bilion. Kita lulus. Kita bagi untuk memastikan Sabah cukup tenaga

“40 peratus ini bukan sekadar cakap. Dulu banyak pihak sebut, tapi masuk poket. Sekarang, saya Perdana Menteri. Kita janji, kita jalan untuk rakyat Sabah,” katanya.

Anwar turut mengingatkan rakyat Sabah mengenai kepentingan kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan, sambil menyatakan bahwa pembangunan hanya mampu dilaksana secara konsisten jika kerajaan kukuh dan bekerjasama erat.

“Kita perlukan kerajaan negeri yang stabil. Kita perlukan kerajaan Persekutuan yang stabil dan bertanggungjawab. Barulah semua rancangan berjalan,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Lim Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

SEBELUM ini Lim Guan Eng menjadi sasaran tuduhan kononnya kerajaan Pakatan Harapan mahu menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH) dan menggadaikan kepentingan umat Islam. Namun beberapa tahun kemudian, cerita yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang layak, bakal menikmati 10 gigabyte (GB) data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Lim Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Lim Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan

Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan