2 individu tidak dikenali serang wartawan veteran

WARTAWAN veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar, hari ini.

Menerusi akaun aplikasi X miliknya, Haresh memaklumkan dia diserang dua individu, di mana seorang daripadanya merakam video dirinya diserang.

Susulan itu, dia tampil membuat laporan polis, lapor Berita Harian.

Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menerusi satu kenyataan mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan terhadap Haresh ketika sedang menjalankan tugasan kewartawanan.

GERAMM berkata, tindakan ganas dan cubaan menggertak wartawan atas kapasiti profesional adalah perbuatan tidak bertamadun serta bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dijamin dalam sistem demokrasi.

“Serangan fizikal terhadap seorang wartawan bukan sahaja mengancam keselamatan individu, tetapi juga menjejaskan hak orang awam menerima maklumat tepat serta bebas tekanan.

“GERAMM menggesa pihak polis menyiasat insiden ini dengan segera dan telus, termasuk mengenal pasti motif dan individu terbabit,” katanya.

GERAMM juga mahu tindakan tegas terhadap pelaku bagi menghantar mesej jelas bahawa keganasan terhadap wartawan tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk.

“Keselamatan petugas media ketika melaporkan isu-isu berkepentingan awam perlu diberi jaminan.

“GERAMM menyeru semua pihak, termasuk pemimpin politik dan masyarakat umum, untuk menghormati peranan wartawan sebagai penyampai maklumat dan bukannya menjadikan mereka sasaran ancaman atau serangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan di Pondok Polis Bangsar hari ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET