Jualan Agro MADANI FAMA hidupkan ekonomi bandar Kangar

KANGAR – Karnival Jualan Agro MADANI (JAM) dijangka menghidupkan semula ekonomi bandar Kangar apabila menarik kehadiran lebih 25,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjurannya bermula hari ini.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli berkata, jumlah itu merangkumi penduduk setempat serta pelawat dari negeri-negeri berhampiran yang menjadikan karnival tersebut sebagai destinasi membeli-belah barangan segar pada harga berpatutan.

“Program JAM ini bukan sahaja menawarkan penjimatan kepada pengguna, malah memberi limpahan kepada ekonomi setempat apabila kedatangan pengunjung meningkatkan aktiviti perniagaan di kawasan sekitar,” katanya ketika merasmikan karnival berkenaan di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad di sini.

Menurutnya, pelaksanaan JAM di seluruh negara dari Julai hingga Oktober 2025 telah memberi manfaat kepada 6.6 juta isi rumah dan menjana penjimatan keseluruhan RM14.4 juta.

Beliau berkata, penjimatan itu dicapai melalui tawaran harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran bagi barangan asas, produk segar serta komoditi terpilih.

“Karnival yang dilaksanakan secara jualan terus antara usahawan dan pengguna ini membantu golongan peniaga menambah pendapatan di samping meringankan beban rakyat,” katanya.

JAM edisi kali ini dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan menyasarkan nilai jualan melebihi RM1 juta.

Sebanyak 98 lot disediakan kepada usahawan makanan, pertanian, industri asas tani serta trak makanan sepanjang karnival yang berlangsung dari 20 hingga 23 November itu.

Pengunjung turut berpeluang mendapatkan Kombo MADANI Basah, Kombo MADANI Runcit pada harga RM10, promosi daging tempatan RM24 sekilogram dan sayur-sayuran serendah RM2 seikat.

Selain jualan, program itu turut dimeriahkan dengan Fama Fun Run, pertandingan bola sepak Megantara Istana, persembahan artis jemputan, pertandingan mewarna, E-Sports Mobile Legends, Mini Tamiya 4WD, Soccer Kids U11 serta Coffee Street yang menghimpunkan usahawan kopi tempatan.

Fama juga melancarkan Kempen Lebihkan Makan Buahan Tempatan bagi memupuk gaya pemakanan sihat khususnya dalam kalangan kanak-kanak melalui aktiviti pertandingan, uji rasa dan Soccer Kids.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka