Pencapaian Philip Yap bukti DAP tidak muncul hanya musim pilihan raya – Phoong

TAWAU – Sebanyak 10 pencapaian calon PH DUN Sri Tanjong, Philip Yap menjadi bukti kukuh DAP Sabah sentiasa berkerja keras sekali gus menepis persepsi DAP Tawau muncul hanya semasa musim pilihan raya tidak seperti parti lain.

Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, DAP Tawau terus berkhidmat secara konsisten, tekun dan berterusan demi kesejahteraan rakyat selepas mantan ADUN ketika itu, Justin Wong meninggalkan parti.

Antara pencapaian Philip termasuklah perkhidmatan kepada komuniti, pelaksanaan program berskala besar, mempromosikan Tawau dengan pelancaran buku panduan pelancongan dan usaha menaik taraf Lapangan Terbang Tawau.

“Setiap Ahad, Philip dan pasukan DAP Tawau berada di pasar Sin On untuk membuka kaunter perkhidmatan bergerak, mendengar suara rakyat, menyelesaikan isu harian dan menjaga kebajikan warga emas melalui pemeriksaan tekanan darah dan gula secara percuma.

“Tawau juga menghadapi isu air tidak stabil dan ketika itu, DAP Tawau turun padang menyewa lori tangki dan menghantar air dari rumah ke rumah,” katanya dalam sidang media, di Tawau.

Menurutnya, setiap bantuan adalah tanda kepedulian dan tenaga positif yang menguatkan perpaduan komuniti dan memberi harapan baharu kepada Tawau.

Katanya, DAP turut percaya keperihatinan sebenar ditunjukkan melalui tindakan dan perkara itu dibuat secara nyata.

Sementara itu, Phoong juga yakin hubungan baik Philip bersama Kerjaaan Persekutuan dan Negeri menjadikannya seorang calon pilihan yang terbaik.

“Philip telah bersama parti sejak 10 tahun, mempunyai kredibiliti baik dan berjuang untuk rakyat.

“Justeru, kita berharap agar pengundi memberi peluang kepada Philip 29 November ini,” ujarnya.

Related Posts

Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

PUTRAJAYA – Malaysia harus terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jurutera arahan AI disasar di setiap NADI seluruh negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mencadangkan satu inisiatif baharu bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan (AI) atau prompt engineer di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun