PIPOC 2025 pentas perkongsian inovasi, FELDA tampil dengan transformasi digital perladangan

KUALA LUMPUR – Kongres dan Pameran Antarabangsa Minyak Sawit MPOB (PIPOC) 2025 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terus menyerlah sebagai platform global untuk menampilkan kemajuan penyelidikan, inovasi dan teknologi terkini dalam industri sawit.

Antara yang mencuri tumpuan pada hari kedua kongres ialah pembentangan oleh Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Suzana Idayu Wati Osman, yang berkongsi mengenai kejayaan transformasi digital FELDA dalam pengurusan ladang dan produktiviti peneroka.

Dalam pembentangan bertajuk ‘Merevolusikan Amalan Pengurusan Pekebun Kecil Bagi Melonjakkan Produktiviti: Pendekatan Transformasi FELDA’, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan perladangan kini menjadi pemacu utama kecekapan operasi FELDA dalam menguruskan 317 rancangan tanah melibatkan lebih tiga juta peneroka di seluruh negara.

“Dengan AI dan dron, kita boleh mengenal pasti masalah sebelum menjadi besar. Inilah kekuatan digitalisasi — cepat, tepat dan menjimatkan,” katanya kepada media selepas sesi pembentangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu.

Suzana menjelaskan bahawa FELDA kini melaksanakan Sistem Pengurusan Perladangan Pintar (Smart Plantation Management System – SPMS), yang beralih daripada kaedah manual kepada pendekatan berasaskan data, analitik masa nyata dan teknologi dron untuk memantau keadaan ladang, pemetaan, pembajaan, penuaian serta pengurusan penyakit tanaman.

Beliau menambah bahawa sistem tersebut kini digunakan di ladang peneroka seluas 456,000 hektar dan ladang milik FELDA yang dikendalikan oleh FELDA Global Ventures (FGV) seluas 350,000 hektar, menjadikannya antara sistem digitalisasi ladang terbesar di rantau ini.

Kehadiran FELDA di PIPOC 2025 mencerminkan matlamat MPOB untuk menghubungkan penyelidikan dan inovasi dengan pelaksanaan industri sebenar, seiring dengan tema PIPOC 2025 – “Mentransformasi Hari Ini, Memperkasa Masa Hadapan Melalui Inovasi.”

Melalui platform ini, MPOB bukan sahaja memperkukuh peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam penyelidikan dan pembangunan sawit, tetapi turut mengiktiraf kejayaan pemain industri seperti FELDA yang mengaplikasikan hasil penyelidikan dan teknologi dalam meningkatkan kecekapan operasi serta kemampanan perladangan.

PIPOC 2025 yang menghimpunkan lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara membuktikan keupayaan MPOB untuk memacu peralihan industri sawit ke arah pertanian pintar, berasaskan data dan mesra alam, serta menjadikan Malaysia sebagai model rujukan global dalam pembangunan sawit mampan.

Related Posts

Malaysia, Indonesia perkukuh komitmen tingkatkan perdagangan intra-ASEAN

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia menekankan kepentingan memperkukuh perdagangan serta pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan daya tahan ekonomi serantau berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan terus perkukuh sektor agromakanan Johor, suntik dana demi kesejahteraan rakyat

KERAJAAN Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan sektor pertanian dan agromakanan di Johor menerusi pelbagai bentuk bantuan, peruntukan serta projek pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH