Tekanan air masih menjadi isu utama di Karamunting – George

SANDAKAN – Calon penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin mengakui isu tekanan air yang rendah masih menjadi masalah utama di kawasan itu.

Menurut beliau, masalah air masin yang berlaku sebelum ini berpunca daripada penamatan konsesi oleh kerajaan Warisan pada 2018, yang menyebabkan logi air dan paip-paip utama mengalami kerosakan dan berkarat sehingga menjejaskan bekalan air sehingga kini.

“Masalah air di Karamunting memang isu panas. Terutamanya di kawasan lama seperti Pasar Bandar Ramai-Ramai dan Bandar Leila, yang dibina pada tahun 60-an dan 70-an.

“Pada masa itu, logi air yang ada memadai, tetapi dengan perkembangan taman perumahan baharu di Batu Empat, Bandar IJM dan Batu Tujuh dalam sepuluh tahun terakhir, tekanan air semakin kurang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Santai MADANI Bersama Penduduk Kampung (Kg) Pukat, di sini pada Selasa.

Menurut George, Kerajaan Negeri kini sedang giat merancang dan melantik lebih banyak kontraktor untuk menyelesaikan masalah paip dan memastikan tekanan air mencukupi bagi seluruh Sandakan.

“Kerajaan yang ada sekarang telah membuat banyak perancangan dan melantik kontraktor tambahan supaya masalah paip dapat diselesaikan dengan cepat dan tekanan air mencukupi untuk penduduk Sandakan,” ujarnya.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan