Romansa beri perhatian keperluan pusat aktiviti belia, dewan serbaguna di Segama

LAHAD DATU – Pusat belia dan dewan serbaguna antara kemudahan penting yang diberi perhatian oleh calon Pakatan Harapan (PH) Segama, Romansa Lamin sekiranya mendapat kepercayaan penuh masyarakat Segama.

Beliau berkata, selain isu ‘tiga serangkai’ (air, jalan raya dan elektrik), keperluan dewan mahupun balai raya untuk kemudahan komuniti setempat akan diusahakan.

“Seperti di Ulu Segama, mereka meminta didirikan sebuah balai adat untuk aktiviti etnik di sana begitu juga di sekitar Segama banyak keperluan dewan serbaguna untuk menjalankan sebarang majlis atau aktiviti di kampung tersebut.

“Sementara belia pula memerlukan pusat aktiviti belia iaitu keperluan dewan futsal berbumbung,” katanya kepada The Malaysia Press, pada Rabu.

Pada masa yang sama katanya, terdapat berkempen, beliau turut mengenal pasti beberapa perkara termasuk bekalan elektrik yang tidak stabil dan jalan raya di lerkampungan yang belum berturap.

“Sekiranya masalah ini selesai, saya percaya akan memberi keselesaan kepada penduduk,” ujarnya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang