Tiga maut kemalangan tiga kenderaan

KULAI – Tiga dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua lori dan sebuah kereta di Jalan Senai-Seelong di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee Bert, siasatan awal mendapati kemalangan pada jam 4.15 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Bezza dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 68 tahun dilanggar dari belakang oleh sebuah lori.

“Kereta terbabit membawa tiga penumpang wanita berusia antara 65 hingga 87 tahun, manakala lori itu pula dipandu lelaki berusia 46 tahun.

“Akibat pelanggaran berkenaan, kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori dipandu lelaki berusia 23 tahun.

“Pemandu lori berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi pemandu lori dan seorang penumpang kereta meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini,” katanya, lapor Berita Harian.

Pemandu serta dua lagi penumpang kereta dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi rawatan lanjut.

Tan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung nahas itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507 atau Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Related Posts

Ops ‘Little Middle East’ tahan 30 warga asing tiada dokumen sah

SERI KEMBANGAN – Seramai 30 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu di One South Plaza dekat sini baru-baru ini. Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) berkata Ops ‘Little Middle East’…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops ‘Little Middle East’ tahan 30 warga asing tiada dokumen sah

Ops ‘Little Middle East’ tahan 30 warga asing tiada dokumen sah

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna