Harimau Malaya menang tipis 1-0 atasi Nepal

HARIMAU Malaya meneruskan rentak cemerlang dengan menutup tirai 2025 dengan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Nepal 1-0 dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Skuad negara bagaimanapun berdepan detik malang di awal perlawanan apabila kehilangan khidmat bintang sensasi, Arif Aiman Hanapi yang terpaksa digantikan dengan Faisal Halim pada minit kesembilan selepas mengalami kecederaan.

Percubaan tepat pertama Harimau Malaya hadir menerusi rembatan Safawi Rasid pada minit ke-21, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Nepal, Kiran Kumar Limbu.

Stadium Nasional akhirnya bergema dengan sorakan penonton pada minit ke-55 apabila Faisal berjaya menyudahkan hantaran menarik hasil umpanan Safawi untuk meletakkan Harimau Malaya di depan.

Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu kumpulan Ultras Malaya mengangkat kain rentang sambil menyanyikan lagu yang mengutuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dipercayai tidak berpuas hati dengan isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Nepal terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Laken Limbu dilayangkan kad kuning kedua selepas dia mengasari Harith Haiqal Adam Afkar di dalam kotak penalti.

Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Harimau Malaya, namun peluang itu disia-siakan Paulo Josue selepas sepakannya tinggi melepasi palang.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya meneruskan rekod kemenangan bersih dalam lima aksi Kumpulan F dan berada di kedudukan teratas dengan mengumpul 15 mata.

Anak buah Cklamovski akan membuat perhitungan dengan Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan, 31 Mac tahun depan yang turut menjadi perlawanan penentuan dalam perebutan tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Related Posts

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

PENGENDALI Manchester United, Michael Carrick menyifatkan keputusan pengadil membenarkan gol Erling Haaland sebagai sesuatu yang ‘merisaukan’ selepas skuad 10 pemain Manchester City mengejutkan Old Trafford awal pagi tadi. Gol tunggal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

PENGURUS Chelsea, Xabi Alonso berharap pasukannya mampu mempamerkan aksi ‘membosankan’ selepas kelemahan di benteng pertahanan sekali lagi menghukum The Blues apabila sekadar seri 2-2 dengan Hull City di Stamford Bridge,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0