Insiden hempap kereta: Kerja ECRL di MRR2 dihentikan

SEMUA kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) FT28 arah Batu Caves yang melibatkan struktur sementara ‘temporary steel canopy’ telah dihentikan.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek ECRL berkata, kerja-kerja pembinaan di kawasan itu dihentikan sementara menunggu siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa berkaitan susulan insiden kemalangan sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift pada kira-kira jam 2 petang semalam di kawasan berkenaan.

“Pihak MRL mengambil maklum insiden melibatkan struktur sementara ‘temporary steel canopy’ di Jalan MRR2 FT28 arah Batu Caves. Berdasarkan maklumat semasa, pemandu kenderaan yang terlibat berada dalam keadaan selamat.

“Sehubungan itu, pihak ECRL akan memberikan bantuan kewangan segera kepada pemilik kenderaan yang terlibat bagi meringankan beban yang ditanggung, sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa dan proses tuntutan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MRL turut menyatakan pihak berkuasa serta agensi penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang berada di lokasi untuk menjalankan tindakan lanjut.

Jelasnya, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan struktur sementara telah berjaya dijalankan di bawah seliaan pihak berkuasa.

“Pihak ECRL komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan serta memastikan semua langkah keselamatan dipatuhi.

“Keutamaan kami adalah keselamatan pengguna jalan raya, orang awam dan pekerja projek. Kami amat menghargai perhatian dan kerjasama semua pihak berhubung insiden ini dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, laluan yang terlibat kini telah dibuka semula untuk kegunaan orang awam dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati serta mematuhi arahan trafik dan panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di lokasi berkenaan.

Terdahulu, seorang pemandu wanita nyaris maut selepas kereta yang dipandunya dihempap tiang perancah projek pembinaan projek ECRL di MRR2 Batu Caves berdekatan tol Gombak, pada Selasa.

Menurut MRL, struktur sementara yang digunakan bagi kerja-kerja Road Under Bridge (RUB) #16 telah dilaporkan mengalami kegagalan dan menimpa sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift pada kira-kira jam 2 petang.

Untuk makluman, struktur sementara ‘temporary steel canopy’ tersebut dibina bagi menghalang serpihan pembinaan daripada jatuh ke laluan jalan raya dan memudahkan pelaksanaan kerja-kerja RUB #16.

Kerja-kerja pembinaan RUB #16 telah disiapkan pada Oktober 2025 dan proses berkaitan pembukaan struktur sementara dijadualkan bermula pada 20 Nov, 2025 selepas menerima kelulusan agensi terlibat.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini