DBKK kesan kehadiran populasi buaya di Sg Darau, sungai berhampiran Bengkel Depoh

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan dua lokasi kehadiran populasi buaya iaitu di Sungai Darau dan sungai berhampiran Bengkel Depoh, DBKK menerusi operasi bersepadu pemantauan buaya di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu (KK) baru-baru ini.

Menurut Jabatan Penyelidik dan Inovasi, DBKK menerusi siaran yang dimuat naik di Facebook, hasil pemantauan bot rondaan dan dron didapati populasi buaya di Bandaraya KK adalah terkawal.

Walau bagaimanapun, pihaknya akan terus membuat operasi susulan pada setiap suku tahunan bagi memantau populasi buaya di sekitar bandaraya KK.

Operasi selama dua hari itu berpusat di Jeti Taman Cycleway Phase 3 berhadapan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah dan turut meliputi kawasan Taman Awam Teluk Likas I, Sungai Darau-Kalansanan dan Bengkel Depoh, DBKK.

“Operasi itu merupakan langkah proaktif yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk daripada ancaman hidupan liar,” kata kenyataan itu.

Seramai 65 anggota daripada Jawatankuasa Pengurusan Ancaman Buaya yang dianggotai oleh DBKK, Jabatan Hidupan Liar (JHL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Taman-Taman Sabah terlibat dengan operasi itu.

Justeru itu, orang ramai yang mempunyai maklumat kehadiran buaya di sekitar Bandaraya KK diminta untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa melalui talian kecemasan kebangsaan 999, Polis Diraja Malaysia 088-529222, Balai Bomba Kota Kinabalu 088-210214/019-2445687, Jabatan Hidupan liar 088-213502, Angkatan Pertahanan Awam Sabah 088-232440 dan Angkatan Pertahanan Awam Kota Kinabalu 088-232453.

Related Posts

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

TAWAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah akan memperhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia, khususnya di wilayah Kalimantan Utara (Kaltara) bagi memastikan keselamatan sempadan terus terjamin. Pesuruhjaya Polis Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan bantuan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bernilai RM30,600, membabitkan sumbangan RM300 kepada setiap 102 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan Puncak Gloxinia

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan  Puncak Gloxinia