PRN17 Sabah: ‘Debut’ calon PH, Abdul Said Pimping tarik perhatian di Gum-Gum

SANDAKAN – Ketua Cabang PKR Libaran, Abdul Said Pimping, berdepan saingan sengit sembilan penjuru apabila pertama kali turun sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Beliau sebelum ini memenangi jawatan ketua cabang dalam pemilihan parti pada April 2025.

DUN Gum-Gum mencuri tumpuan apabila sembilan calon disahkan bertanding, sekali gus mencatatkan rekod baharu sebagai jumlah calon paling ramai dalam sejarah kawasan itu.

Pengumuman rasmi senarai calon dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gum-Gum, Imran Jagong @ Osman, di Dewan Serbaguna Libaran, di sini pada Sabtu.

Pertandingan kali ini menyaksikan penyandang, Arunarnsin Taib (Warisan) berdepan Abdul Said Pimping Pakatan Harapan (PH), Yunus Nurdin Perikatan Nasional (PN), Dr Peter Jr Naintin Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Esnin Satur Parti Impian Sabah (PIS).

Manakala, empat calon Bebas turut bertanding menjadikan persaingan lebih kompetitif iaitu Yusuf Yoda, Fadly Voon @ Wea, Datuk Asmawi Asa dan Datuk Salzon Asa dua daripadanya merupakan adik-beradik, menjadikan pertembungan itu satu fenomena unik dalam sejarah politik di Gum-Gum.

Menurut Imran, proses penyerahan borang penamaan calon dibuka pada 9 pagi dan ditutup pada 11.23 pagi tanpa sebarang penolakan.

DUN Gum-Gum mempunyai 19,433 pengundi berdaftar, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saingan dijangka lebih dramatik susulan rekod PRN lalu, apabila kerusi itu menyaksikan pertandingan enam penjuru dengan majoriti kemenangan hanya 269 undi.

Sementara itu, Imran turut mengumumkan senarai calon bagi dua lagi kawasan DUN iaitu Sungai (Sg) Sibuga dan Sg Manila.

DUN Sg Sibuga yang turut menampilkan Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Suhaimi Nasir menyaksikan saingan lima penjuru manakala DUN Sg Manila pula melibatkan pertandingan enam calon termasuk Hazem Mubarak Musa, anak kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Related Posts

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

PUTRAJAYA – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai satu perkembangan bersejarah yang membuka lembaran baharu kepada perjuangan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

PUTRAJAYA – Pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 perlu diberi keutamaan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), bagi memastikan kelemahan tadbir urus yang dikenal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang