PM Anwar tegaskan pendirian bebas, berdaulat Malaysia dalam dasar luar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat, dengan dasar luar yang ditentukan sepenuhnya mengikut kepentingan nasional tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa asing, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Anwar berkata, meskipun wujud pelbagai kritikan terhadap perjanjian dagangan dengan AS, khususnya dalam sektor eksport produk elektronik dan semikonduktor bernilai RM200 bilion, setiap keputusan kerajaan dibuat berdasarkan undang-undang serta kepentingan keselamatan negara.

“Malaysia ada perjanjian yang memberi keutamaan kepada Amerika, tetapi tidak ada mana-mana peruntukan yang menghalang kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan keselamatan negara.

“Kalau benar kita tunduk kepada Amerika, kenapa hari Ahad (Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bulan lalu) saya menandatangani perjanjian dengan Presiden (Donald) Trump dan Isnin dengan China?

“(Ini kerana) Malaysia mempunyai dasar sendiri yang mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Pengajian Islam Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Anwar menjelaskan, tindakan kerajaan menilai semula perjanjian berkenaan bertujuan memastikan hak dan keselamatan negara sentiasa terpelihara biarpun menerima kritikan bertubi-tubi.

“Malaysia bertindak mengikut aturan undang-undang negara dan mempunyai hak untuk membatalkan peruntukan yang tidak selari dengan kepentingan nasional,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan minggu depan walaupun AS memboikot kehadiran.

“Kehadiran Malaysia adalah bukti negara bebas menentukan agenda diplomatik,” katanya.

Beliau turut mengimbas pengalamannya menaiki kenderaan rasmi Presiden AS, The Beast, bersama Trump dan menggunakan kesempatan itu untuk membawa isu Gaza dan Palestin.

“Saya tidak menyebut ‘20 perkataan’ seperti didakwa, sebaliknya menekankan penyelesaian komprehensif untuk Gaza dan Palestin sambil menegaskan penyelesaian komprehensif yang mengiktiraf hak Palestin sebagai negara merdeka dan berdaulat.

“Penyelesaian komprehensif itu bermaksud mengiktiraf hak Gaza dan Palestin sebagai negara merdeka dan berdaulat dan kita menegaskan pendirian Malaysia menolak kekejaman Israel di Tebing Barat.

“Ini isu penting selain daripada isu lain, dan saya tegaskan secara terbuka di hadapan Presiden Trump dan beberapa pemimpin negara lain,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula