Zakat MAINPP sasar capai kutipan RM200 juta 2025

SEBERANG JAYA – Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) optimis mampu mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM200 juta tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, sejak awal tahun hingga Oktober lalu, kutipan zakat yang direkodkan melebihi sasaran bulanan sebanyak RM15 juta bagi setiap bulan.

“Dengan prestasi sebegitu sehingga Oktober, kita harapkan dalam berbaki dua bulan ini, sasaran untuk mencapai kutipan RM200 juta bagi tahun 2025, insya-Allah dapat dicapai.

“Dengan jumlah yang dikumpulkan itu, kita pulangkan kembali untuk membangunkan asnaf berdasarkan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek cura sempena Majlis Apresiasi Guru Agama, Guru al-Quran dan Anugerah Wakil Kutipan di Perai, di sini, hari ini.

Menerusi majlis berkenaan, seramai 429 guru agama menerima sumbangan berjumlah RM1,000 setiap seorang, manakala 1,304 guru al-Quran menerima RM800 seorang.

Sementara itu, lima daripada 27 agensi wakil kutipan turut menerima insentif RM500 masing-masing menerusi Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik 2025.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu