Rina pertikai tindakan Harapan Rakyat, dakwa dihalang jadi calon Kukusan

TAWAU – Bekas penyandang kerusi Dewan Undangan Kukusan, Datuk Rina Jainal mempertikai tindakan Harapan Rakyat menggantung jawatan dan keahliannya dalam parti itu tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam waktu yang amat mencurigakan seolah-olah dirancang bagi menghalangnya daripada dicalonkan semula mewakili parti pada Pilihan Raya Umum Dewan Ke-17 (PRU17) Dewan Undangan Sabah kali ini.

“Saya sendiri terkejut apabila menerima makluman berhubung penggantungan ini. Kenapa tiga hari sebelum penamaan calon? Tindakan ini amat pelik dan dilihat seperti ada niat tertentu untuk menyekat saya daripada bertanding.

“Saya tidak pernah meletakkan jawatan, malah terus aktif menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan apa juga isu dalaman sepatutnya boleh dibincangkan secara baik dalam semangat kekeluargaan parti,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Jelas Rina, keputusan itu bukan sahaja menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengundi, malah mengganggu persiapan jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat akar umbi yang telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya.

“Saya percaya ramai penyokong GRS, khususnya di Kukusan turut kecewa dan keliru dengan keputusan ini kerana mereka tahu saya sentiasa bekerja keras untuk rakyat dan parti.

“Tindakan seperti ini bukan sahaja mengecewakan, malah saya melihatnya sebagai satu langkah licik untuk menyingkirkan saya menjelang pilihan raya,” katanya.

Tegasnya, beliau tetap komited memperjuangkan nasib rakyat Kukusan walaupun berdepan cabaran politik yang tidak dijangka selain akan menilai langkah seterusnya selepas berbincang dengan penyokong serta keluarga terdekat.

“Saya menghormati keputusan parti, tetapi saya juga berhak mempertahankan diri dan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat. Perjuangan saya tidak berakhir di sini,” ujarnya.

Pada Rabu, media melaporkan Harapan Rakyat dalam satu kenyataan menggantung jawatan Timbalan Presiden dan keahlian Rina Jainal berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung Harapan Rakyat, Christy Chok Lee Lui, tindakan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin Harapan Rakyat pada 29 Jun tahun lalu yang mendakwa Rina menghancurkan nama baik parti.

Difahamkan, Harapan Rakyat turut menghantar surat pemakluman untuk tidak mencalonkan Rina sebagai calon Harapan Rakyat DU Kukusan berikutan keengganannya menggunakan logo dan bendera parti pada setiap program anjuran pihaknya termasuk di pejabat ADU Kukusan.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri