Anwar tepis spekulasi Khairy bakal sertai Kabinet

DESAS-DESUS mengenai bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin akan kembali menganggotai Jemaah Kabinet ditepis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Betul ke… siapa beritahu awak?” soal Anwar ketika ditanya wartawan selepas berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri memberi respons demikan susulan laporan Malaysia Gazette yang mendakwa rombakan Jemaah Menteri mungkin berlaku awal bulan depan, dengan Khairy diramalkan dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Menurut laporan itu, rombakan berkenaan akan memfokuskan pengukuhan pasukan ekonomi kerajaan, mengurangkan saiz Jemaah Menteri dan memastikan kesinambungan dasar.

Ia turut mendakwa Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani dijangka ditukarkan ke portfolio Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Perubahan lain yang mungkin berlaku termasuk kenaikan pangkat Datuk Seri R Ramanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi susulan peletakan jawatan Presiden UPKO, Ewon Benedick baru-baru ini, selain pelarasan di peringkat timbalan menteri.

Rombakan terbaharu diperlukan bagi mengisi dua kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli (Ekonomi) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Sumber Asli dan Kelestarian Alam), yang meletak jawatan selepas kalah pemilihan PKR Mei lalu.

Portfolio Ekonomi kini dipangku Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, manakala Johari memangku portfolio Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Related Posts

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

PUTRAJAYA – Kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026