Anwar tepis spekulasi Khairy bakal sertai Kabinet

DESAS-DESUS mengenai bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin akan kembali menganggotai Jemaah Kabinet ditepis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Betul ke… siapa beritahu awak?” soal Anwar ketika ditanya wartawan selepas berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri memberi respons demikan susulan laporan Malaysia Gazette yang mendakwa rombakan Jemaah Menteri mungkin berlaku awal bulan depan, dengan Khairy diramalkan dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Menurut laporan itu, rombakan berkenaan akan memfokuskan pengukuhan pasukan ekonomi kerajaan, mengurangkan saiz Jemaah Menteri dan memastikan kesinambungan dasar.

Ia turut mendakwa Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani dijangka ditukarkan ke portfolio Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Perubahan lain yang mungkin berlaku termasuk kenaikan pangkat Datuk Seri R Ramanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi susulan peletakan jawatan Presiden UPKO, Ewon Benedick baru-baru ini, selain pelarasan di peringkat timbalan menteri.

Rombakan terbaharu diperlukan bagi mengisi dua kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli (Ekonomi) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Sumber Asli dan Kelestarian Alam), yang meletak jawatan selepas kalah pemilihan PKR Mei lalu.

Portfolio Ekonomi kini dipangku Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, manakala Johari memangku portfolio Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Related Posts

Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

KUALA LUMPUR – PKR Lembah Pantai membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pengarah besar FELDA antara dua ditahan, siasatan urusan tanah dan projek

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bergelar Datuk antara dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

Bekas pengarah besar FELDA antara dua ditahan, siasatan urusan tanah dan projek

Bekas pengarah besar FELDA antara dua ditahan, siasatan urusan tanah dan projek

Kerajaan Pahang peruntuk RM1.187 juta untuk warga JKN Pahang

Kerajaan Pahang peruntuk RM1.187 juta untuk warga JKN Pahang