Rundingan Pemimpin Tahunan tingkat kerjasama Malaysia-Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN – Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-25 Malaysia dan Brunei di Istana Nurul Iman, hari ini, berjaya meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, dalam usaha meneruskan hubungan baik Malaysia dengan Brunei, kerajaan tidak boleh menafikan peranan pemimpin terdahulu untuk mengekalkan jalinan itu.

Bagaimanapun dalam meneruskan kerjasama itu, beliau berkata kerajaan mempunyai pendekatan berbeza untuk memastikan hubungan Malaysia dengan Brunei mampu memberi impak lebih berkesan kepada kedua-dua negara.

“Ada dua aspek, satu ialah kita bertekad untuk meningkatkan hubungan itu dalam semua bidang yang mungkin, dan kedua adalah kita mempunyai pendekatan agak berganjak daripada pendekatan dahulu.

“Kita meminta hubungan langsung dalam beberapa aspek walaupun tertakluk kepada keputusan muktamad (Kerajaan) Persekutuan, antaranya hubungan langsung antara Brunei, Sabah dan Sarawak.

“Ini pendekatan praktikal kerana di sempadan juga (ada) keperluan untuk ditingkatkan hubungan pengangkutan dan pelancongan, (agar ia) boleh dimanfaatkan oleh Brunei serta Malaysia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Anwar berkata demikian dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Selain itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Terdahulu, Anwar yang menghadiri rundingan itu menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman, di sini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Brunei bersetuju meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pelancongan, pendidikan, pelaburan, sastera, teknologi dan ketenteraan.

“Saya juga akan menghubungi Kerajaan Sarawak dan Sabah supaya kerjasama (dari) segi ini yang mencakupi beberapa bidang lain itu juga dapat ditingkatkan.

“Antara dipersetujui ialah kerjasama dalam bidang pelancongan, terutama Brunei, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu