Program 1,000 Hari Kehidupan Pertama bentuk emosi anak-anak

KUANTAN – Tempoh 1,000 hari pertama, termasuk 270 hari dalam kandungan adalah sangat kritikal dalam pembentukan dan perkembangan manusia.

Demikian hasil kajian dilakukan UNICEF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berdasarkan hasil dapatan itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Paya Besar menganjurkan program 1,000 Hari Kehidupan Pertama, hari ini.

Seramai 80 pasangan muda bersama anak mereka menyertai program julung kali diadakan itu.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, penganjuran program itu adalah sebahagian daripada agenda Pelan Kelestarian Paya Besar 2035.

“Ramai ibu bapa beranggapan tempoh pembelajaran anak mereka bermula apabila melangkah ke dunia persekolahan.

“Sedangkan, ia tidak seperti kajian dilakukan UNICEF dan WHO yang secara jelas menerangkan bahawa proses pembelajaran bagi anak itu bermula semasa berada dalam kandungan.

“Disebabkan itu, kita mengadakan program seperti hari ini… kerana ia untuk memberi maklumat lebih tepat kepada ibu bapa bahawa anak mereka sudah mula belajar ketika dalam kandungan selama kira-kira 270 hari,” katanya ketika berucap merasmikan program itu.

Hadir sama Pengasas program, Datin Dr Sharifah Nur ‘Insyirah Saifuddin Shah; Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara, Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa dan ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Turut hadir Penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria.

Mengulas lanjut mengenai program, Mohd Shahar memaklumkan, tempoh 1,000 hari pertama anak-anak adalah fasa emas mereka yang akan menentukan asas kesihatan, kecerdasan dan kesejahteraan sepanjang hayat.

“Negara seperti Indonesia, Finland dan Korea Selatan sudah melabur dan menjadikan agenda ini sebagai teras dasar dalam pembinaan masyarakat.

“Mereka juga membuat pelaburan besar untuk menjayakan agenda berkenaan, dan pelaburan ini merangkumi bekalan pemakanan berkualiti bagi ibu yang mengandung,” jelasnya.

Beliau berharap usaha dimulakan pihaknya dapat menjadi panduan kepada pemimpin di kawasan lain, terutamanya dalam memastikan agenda kehidupan lebih berkualiti dapat diberikan kepada anak yang baru dilahirkan dan dalam proses membesar.

“Kita di Pahang sangat bertuah kerana kerajaan negeri diterajui Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, memberi tumpuan khusus dalam hal berkaitan kebajikan rakyat.

“Sebut saja apa jenis bantuan disediakan (kerajaan Pahang)… daripada anak baru dilahirkan, pelajar peringkat sekolah dan penuntut di institusi pengajian tinggi… semua dapat menikmati hasil kemakmuran ekonomi yang diuruskan dengan baik oleh kerajaan Pahang.

“Saya amat yakin perkembangan emosi dan kecerdasan dalam kalangan anak-anak kita akan menjadi aset terpenting dalam mensejahterakan lagi negeri Pahang dan negara Malaysia untuk masa mendatang,” katanya.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman