Kampung Angkat MADANI pastikan pemimpin selami, selesaikan masalah rakyat – PMX

BUKIT MERTAJAM – Program Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 dilihat mampu memastikan setiap pemimpin benar-benar menyelami realiti kehidupan rakyat serta menyelesaikan masalah pada peringkat akar umbi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah program itu, semua pimpinan kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan ketua jabatan diwajibkan memilih satu kampung sebagai kampung angkat masing-masing bagi meneliti isu kemiskinan, pendidikan dan kemudahan setempat.

“Apabila mereka turun sendiri ke kampung, mereka akan tahu masalah sebenar…dari anak-anak sekolah, orang miskin sehinggalah mutu pendidikan.

“Dari situ barulah usaha penambahbaikan boleh dibuat,” katanya ketika berucap pada Program Komuniversiti Kolaboratif di Padang Bola Cherok Tokun di sini hari ini.

Dalam usaha memperkukuh semangat pemerkasaan rakyat, beliau berkata, kerajaan memperkenalkan Inisiatif Sejati MADANI yang membolehkan penduduk kampung mengurus sendiri dana yang disalurkan terus kepada mereka tanpa melalui lapisan birokrasi kementerian.

Melalui inisiatif itu, Anwar berkata, orang kampung diberi kuasa untuk menentukan jenis projek yang ingin dijalankan sama ada dalam bidang ternakan, pertanian atau perniagaan kecil.

“Pengurusan dijalankan sendiri oleh penduduk, dengan keperluan untuk mengekalkan akaun dan rekod perbelanjaan yang telus.

“Pendekatan ini menggambarkan semangat ‘menyantuni rakyat’ dalam konsep Kerajaan MADANI, yang bukan sekadar turun berjumpa rakyat tetapi memberikan ruang kepada mereka untuk memilih dan mengurus masa depan sendiri,” katanya.

Program Komuniversiti Kolaboratif, yang dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), memberi 100 pelajar universiti itu peluang untuk menabur bakti kepada penduduk kampung Cherok Tokun.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tiga hari hingga esok itu termasuk gotong-royong, Forum Perdana, Fun Run, Jualan Rahmah dan pemeriksaan kesihatan.

Related Posts

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

SUNGAI PETANI – Semua universiti termasuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu mewujudkan jabatan kecerdasan buatan (AI) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

SUNGAI PETANI – Perdebatan politik di Johor dan Negeri Sembilan seharusnya tertumpu kepada keadilan dan peluang sama rata, bukan retorik perkauman atau politik perpecahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM