
PUTATAN – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Perancis yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan mengurus dan menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Menurut Mohamad, perbualan itu turut menyentuh usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Perancis dalam pelbagai bidang strategik.
“Tidak baik untuk saya dedahkan apa perbualan pemimpin negara dengan pemimpin luar.
“Namun secara asasnya ia berkisar kepada usaha mempertingkatkan kerjasama dua hala,” katanya semasa sidang media di PDM Muhibbah, Tanjung Keramat di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai sama ada isu pembinaan semula Gaza turut disentuh dalam perbualan tersebut, Mohamad mengesahkan perkara itu antara topik yang dibincangkan.
“Pada asasnya, kami berbincang tentang perkara itu,” katanya.







