
PUTATAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rundingan pembahagian kerusi sudah diserahkan kepada jentera negeri masing-masing dan setakat ini tiada sebarang pertindihan kerusi antara Barisan Nasional (BN)Dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah.
Jelasnya, calon masih lagi dirundingkan serta tempat-tempat pun masih lagi dibincangkan, namun kerjasama BN dan PH sudah dimuktamadkan.
“Kita tidak ada apa-apa masalah, tidak ada pertindihan-pertindihan kerusi BN dan PH.
“Kita sudah tahu kawasan mana BN akan bertanding dan jentera di kawasan tersebut boleh bergerak segera pada 9 November ini.
“Kita akan umumkan tempat kita bertanding serta nama-nama calon yang akan mewakili Barisan Nasional pada pilihan raya kali ini,” katanya semasa sidang media di PDM Muhibbah, Tanjung Keramat di sini, pada Khamis.

Tambahnya, kerjasama yang dibentuk antara BN dan PH di Sabah untuk memastikan kestabilan politik.




