44,000 kanak-kanak Gaza disasar dalam kempen kesihatan dan pemakanan

AGENSI Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk UNICEF, UNRWA dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama Kementerian Kesihatan Palestin melancarkan kempen kesihatan dan pemakanan untuk membantu 44,000 kanak-kanak di Gaza yang terputus akses perkhidmatan asas akibat konflik berlarutan sejak dua tahun lalu.

Dalam kenyataan bersama semalam, kempen bersepadu itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa bagi memberi vaksinasi rutin termasuk pentavalent, polio, rotavirus, pneumokokal serta vaksin campak, beguk dan rubela (MMR). Fasa pertama akan dijalankan dari 9 hingga 18 November ini, lapor Anadolu.

Kira-kira seorang daripada lima kanak-kanak bawah tiga tahun di Gaza tidak pernah menerima sebarang vaksin, meningkatkan risiko wabak penyakit berjangkit. Kempen ini juga akan menumpukan saringan dan rawatan malnutrisi, termasuk rawatan di pusat pemulihan yang disokong WHO bagi kes akut teruk.

UNICEF memaklumkan, semua vaksin, jarum suntikan dan bekalan pemakanan sudah dihantar ke Gaza dengan pelaksanaan kempen di 149 fasiliti kesihatan dan 10 unit bergerak, membabitkan lebih 450 petugas kesihatan.

Wakil UNICEF di Palestin, Jonathan Veitch, menyifatkan usaha itu sebagai ‘peluang untuk melindungi kanak-kanak yang masih hidup’, manakala WHO menegaskan ia adalah talian hayat kepada kesihatan kanak-kanak Gaza.

Agensi berkenaan turut menekankan kejayaan kempen bergantung kepada gencatan senjata penuh bagi memastikan akses selamat kepada perkhidmatan kesihatan.

Related Posts

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan dia menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. “Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri