Ringgit mantap disokong sentimen positif menjelang keputusan OPR

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Khamis, didorong sentimen positif pelabur menjelang pengumuman keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijadual diumumkan petang ini.

Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1865/1985 berbanding dolar AS daripada paras penutupan 4.1890/1925 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menjangkakan BNM akan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus berikutan ekonomi negara kekal berdaya tahan, disokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga sebanyak 5.2 peratus.

“Sehubungan itu, pasangan dolar AS-ringgit dijangka berlegar sekitar paras RM4.19 hari ini,” katanya.

Beliau berkata, sentimen pasaran domestik kekal positif walaupun Indeks Dolar AS (DXY) berada sekitar 100 mata, disokong peningkatan keyakinan perniagaan dalam sektor perkhidmatan serta pertambahan peluang pekerjaan dalam sektor swasta.

“Petunjuk ekonomi Amerika Syarikat mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun, isu penutupan kerajaan dan tarif import yang tinggi terus menekan sentimen perniagaan kerana ia menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam serta meningkatkan kos operasi,” katanya.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan secara bercampur-campur berbanding mata wang utama, dengan sedikit pengukuhan berbanding yen Jepun.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.4642/4799 daripada 5.4612/4658 ketika ditutup semalam, dan turun sedikit berbanding euro kepada 4.8124/8262 daripada 4.8106/8147. Namun, ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.7116/7245 daripada 2.7254/7279 sebelumnya.

Selain itu, ringgit mencatat prestasi lebih baik berbanding kebanyakan mata wang ASEAN apabila meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2039/2133 daripada 3.2055/2085, dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.11/7.14 daripada 7.12/7.13.

Bagaimanapun, ringgit sedikit merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8776/9244 daripada 12.8730/8893 semalam, dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 250.4/251.2.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri