PGRS Karamunting nafi dakwaan 90 ahli keluar parti sertai Warisan

SANDAKAN – Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Karamunting menolak dakwaan parti Warisan bahawa seramai 90 ahlinya keluar parti dan menyertai mereka (Warisan) baru-baru ini, menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas.

Setiausaha Bahagian PGRS Karamunting, Nicholas Choong berkata, semakan dalaman mendapati individu dalam gambar yang tular bukan ahli mahupun pimpinan PGRS di kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan berita yang mendakwa berlaku penghijrahan besar-besaran ahli PGRS ke parti lain.

“Jika benar dakwaan itu, kami minta Warisan mengemukakan senarai nama, cawangan terlibat serta bukti keahlian mereka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Nicholas berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi mengenai ahli yang keluar parti.

“Penyebaran maklumat tidak tepat bagi mengelirukan pengundi adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

“Jika benar mempunyai kekuatan politik, buktikan melalui rekod perkhidmatan dan dasar, bukan melalui dakwaan tanpa asas,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan