Lebih 25 maut gempa bumi utara Afghanistan

KABUL – Sekurang-kurang 24 maut, manakala lebih 630 lagi cedera akibat gempa bumi di utara Afghanistan, semalam, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara Afghanistan, lapor Xinhua.

Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter itu berpusat di kawasan Khulm pada kedalaman 28 kilometer.

Antara wilayah terjejas ialah Balkh, Samangan, Kunduz, Sar-e-Pul dan Jawzjan.

Kerajaan Afghanistan segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) penduduk yang terperangkap, selain pasukan turut bertungkus lumus melakukan kerja pembersihan serta membuka semula beberapa laluan utama.

Pegawai di wilayah Badakhshan memaklumkan setakat ini, kira-kira 800 rumah didapati mengalami kerosakan akibat bencana alam itu.

Selain itu, Masjid Biru yang terkenal di Mazar-i-Sharif turut dilaporkan mengalami kerosakan.

Masjid bersejarah yang dibina pada abad ke-12 itu adalah mercu tanda penting keagamaan dan kebudayaan di utara Afghanistan.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih