China gesa Amerika Syarikat laksana konsensus dengan lebih serius

ISTANBUL – Beijing menggesa Washington supaya bersungguh-sungguh melaksanakan konsensus yang dicapai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dengan Presiden China, Xi Jinping, pada pertemuan mereka di Korea Selatan, minggu lalu, lapor Anadolu Ajansi.

“Hasil rundingan ekonomi dan perdagangan antara pasukan China dengan AS di Kuala Lumpur, baru-baru ini, jelas menunjukkan dialog serta kerjasama adalah cara yang betul untuk menangani isu, manakala ancaman dan tekanan tidak akan membantu menyelesaikannya,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, pada sidang media di Beijing.

Beliau sekali gus menggesa kedua-dua pihak ‘melaksanakan dengan bersungguh-sungguh’ konsensus penting yang dicapai oleh kedua-dua ketua negara pada pertemuan di Busan, serta menyuntik kestabilan lebih besar dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-AS dan juga ekonomi dunia.

Mao Ning membuat kenyataan itu susulan kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, pada Ahad lalu bahawa Washington berkemungkinan akan menaikkan semula tarif terhadap China jika Beijing terus menyekat eksport bahan nadir bumi.

“China menguasai pasaran (nadir bumi) dan malangnya, kadangkala mereka terbukti bukan rakan dagang yang boleh dipercayai,” dakwa Bessent kepada Fox News Sunday, sambil menyatakan harapannya agar AS ‘dapat bergantung pada mereka sebagai rakan dagang yang lebih dipercayai.’

“Jika tidak, kami boleh mengenakan semula ancaman tarif,” katanya sambil menegaskan Washington bersedia untuk menggunakan ‘leveraj maksimum.’

Trump mengadakan pertemuan dengan Jinping di Busan, Khamis lalu, yang mana kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan hubungan perdagangan stabil dan menarik balik sebahagian tarif serta kawalan eksport.

Sementara itu, laporan Bloomberg semalam menyatakan China telah memaklumkan Washington mengenai pembelian gandum AS buat kali pertama dalam tempoh setahun selepas pertemuan antara Trump dengan Jinping.

Menurut laporan itu, permintaan pembelian daripada China dibuat selepas negara terbabit menyambung semula import kacang soya AS pada minggu lalu, memandangkan China tidak membeli gandum AS sejak awal Oktober tahun lalu.

Kenyataan dikeluarkan Washington pada hujung minggu lalu pula menyebut Beijing telah bersetuju untuk ‘membuka pasaran China kepada kacang soya dan eksport pertanian AS yang lain’, serta menangguhkan ‘semua tarif tindak balas’, termasuk terhadap gandum AS.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih