Sertai PKR bukan kejar jawatan, sebaliknya komitmen terhadap pembangunan Sabah – Iskandar

KOTA KINABALU – Keputusan beralih ke PKR bukan kerana kepentingan peribadi, sebaliknya untuk memastikan suara pembangunan ekonomi Sabah dapat disalurkan secara lebih berkesan kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Darau, Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik.

Beliau berkata, dengan penuh pertimbangan dan berpandukan prinsip saya telah membuat keputusan strategik untuk menyertai PKR sebagai komponen utama Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, ia memberikan platform terbaik untuk memperjuangkan aspirasi rakyat Sabah dari dalam sistem pemerintahan.

“Keputusan ini bukan sekadar peralihan parti, tetapi satu langkah berprinsip yang didorong oleh keperluan semasa dan harapan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Dalam pada itu, Iskandar berkata, penghijrahan tersebut disertai pelbagai asas utama antaranya menyertai arus perdana sistem persekutuan.

“PKR sebagai komponen utama dalam Kerajaan Persekutuan. Penghijrahan ini membolehkan saya menyuarakan isu dan rungutan rakyat melalui saluran rasmi dan berkesan.

“Bukan melalui konfrontasi tetapi melalui dasar, perundangan dan pengaruh dalam Kabinet,” katanya.

Selain itu, menurut beliau, perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah warisan nenek moyang Sabah, bukan hak eksklusif mana-mana parti.

“Namun, untuk memperkasa tuntutan MA63 secara berkesan, kita perlukan suara yang kuat di peringkat pusat dan PKR menyediakan platform strategik itu,” tegasnya.

Katanya lagi, kepimpinan lama selama 50 tahun gagal menyelesaikan isu asas Sabah.

“Kini, kita perlukan darah baharu seperti Datuk Mustapa Sakmud dan Datuk Peto Galim pemimpin tempatan yang memahami realiti rakyat dan berani membawa reformasi struktural,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PKR turut komited terhadap keadilan sosial dan pembahagian sumber yang adil selari dengan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan keadilan dan bukan sekadar pembangunan retorik.

Tambahnya, beliau boleh memastikan suara Sabah tidak hanya didengar malah dihormati dalam setiap keputusan dasar, terutamanya dalam isu peruntukan, autonomi pentadbiran dan hak hasil sumber semasa berada dalam parti pemerintah.

“Selain itu, PKR memberi ruang kepada kepimpinan inklusif yang melibatkan wanita, belia dan komuniti pelbagai latar belakang.

“Ini penting untuk memastikan pembangunan Sabah tidak terhad kepada satu kelompok atau daerah sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Iskandar turut menyerahkan Borang Permohonan Keahlian PKR Cabang Sepanggar kepada Ketua Cabang PKR Sepanggar, Datuk Peto Galim iaitu seramai kira-kira 300 ahli STAR Sabah bahagian Darau.

Related Posts

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

GOMBAK – Kepemimpinan serta ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh terlalu selesa sehingga terleka dengan kedudukan sebagai pemerintah dan melupakan asal-usul perjuangan parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh