Gempa bumi lemah berlaku di Jementah

SEGAMAT – Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Jementah di sini pada jam 7.55 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, gempa itu berukuran magnitud 2.7 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.

“Pusat gempa dikenal pasti pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, iaitu kira-kira tiga kilometer di barat Segamat,” katanya dalam kenyataan.

METMalaysia dalam kenyataannya turut memaklumkan gegaran turut dirasai di sekitar Segamat dan kawasan berhampiran.

Untuk rekod, gempa pertama berlaku di Segamat dengan kekuatan 4.1 dan 2.8 magnitud pada 24 Ogos diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos) dan 3.4 magnitud (29 Ogos).

Sementara itu, kejadian gempa bumi juga dilaporkan di Batu Pahat dengan kekuatan 2.7 dan 2.9 magnitud pada 30 dan 31 Ogos lalu dan terakhir 2.9 magnitud pada 3 September lalu.

Related Posts

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

KUCHING – Sarawak kekal komited dalam membela nasib rakyatnya melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif berskala besar, termasuk penawaran pendidikan tinggi secara percuma dan peruntukan ratusan juta ringgit untuk bantuan khas kelangsungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

SANDAKAN – Kira-kira 200 rumah kediaman atas air di Kampung Bahagia, musnah dalam kebakaran besar yang berlaku awal pagi Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus