Kerajaan MADANI komited laksana MA63 secara berperingkat – Mustapha

SANDAKAN – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim komited melaksanakan tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara berperingkat menerusi perbincangan bersama antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, setakat ini sembilan tuntutan MA63 telah dilaksanakan hasil usaha berterusan kerajaan semasa.

Beliau berkata, walaupun kerajaan-kerajaan terdahulu telah menubuhkan beberapa jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa induk antara negeri serta pusat, Kerajaan MADANI memperkukuhkan lagi peranan jawatankuasa itu bagi memastikan pelaksanaan tuntutan dibuat secara menyeluruh.

“Sebelum ini banyak jawatankuasa telah dibentuk, namun Kerajaan MADANI menekankan kepada pencapaian.

“Sembilan tuntutan sudah dilaksanakan dan ini membuktikan komitmen Perdana Menteri dalam melaksanakan MA63,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri siri pertama Jelajah Harapan Urang Sabah @ DU Gum-Gum di Batu 8, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang secara terbuka menyatakan persetujuan untuk melaksanakan segala perkara berkaitan MA63, namun ia perlu dilaksanakan secara bertahap agar setiap isu dapat diselesaikan dengan teliti.

“Ada yang tidak sabar, tetapi kita perlu faham keadaan ekonomi negara yang sedang dipulihkan.

“Pelaksanaan MA63 tetap diteruskan, namun secara berperingkat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mustapha memaklumkan bahawa pembahagian kerusi antara PKR Sabah dan parti komponen Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-17 (PRN17) DU Sabah hampir selesai.

“Rundingan dengan Barisan Nasional (BN) sudah dimuktamadkan manakala dengan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) tinggal satu kerusi sahaja yang masih dalam perbincangan.

“Insya-Allah buat masa ini, kita jangka dalam 9 atau 10 November akan diumumkan.

“Untuk kawasan Sandakan, PKR dapat dua kerusi iaitu Gum-Gum dan Karamunting,” jelasnya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff