JPJ laksana Ops Perang Lebih Muatan, tawar diskaun 50% saman 2 bulan

KOTA KINABALU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia giat melaksanakan Operasi Khas Perang Lebih Muatan sejak 14 Oktober lalu bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa muatan berlebihan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.

Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, sehingga kini sebanyak 3,045 kenderaan perdagangan telah diperiksa, manakala 374 kenderaan ditimbang dan 428 notis dikeluarkan.

“Daripada jumlah notis ini, 383 kes membabitkan kompaun, manakala 45 kes lagi melibatkan tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena Ops Khas Bersepadu bersama JPJ Malaysia di Jalan UMS-Indah Permai, di sini pada Khamis.

Dalam masa sama, beliau berkata, JPJ Malaysia turut mengumumkan pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus kepada orang awam bagi tempoh dua bulan bermula 1 November hingga 31 Disember 2025.

“Kita menggesa rakyat Sabah mengambil peluang ini untuk menjelaskan saman masing-masing, kecuali kes yang perlu dibawa ke mahkamah,” jelasnya.

Sementara itu, Harris berkata, pihaknya juga giat melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’, dengan lebih 50 program advokasi dijalankan.

Jelasnya, ia termasuk pameran, ceramah dan edaran kit keselamatan jalan raya bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sabah (MKJR) serta rakan strategik lain.

“JPJ turut menyeru orang ramai menggunakan aplikasi MyJPJ sebagai platform utama e-aduan selain Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JPA, aduantrafik@jpj.gov.my dan aduantrafik.sabah@jpj.gov.my bagi membantu tindakan pantas terhadap pemandu yang melanggar undang-undang.

“JPJ Negeri Sabah akan meneruskan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya,” tegasnya.

Tambahnya, Ops Khas yang dijalankan di depan Jalan UMS menuju Indah Permai pada malam Khamis itu, mendapat kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM); Imigresen; Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia; Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP).

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi