Transformasi menyeluruh diperlukan untuk kelestarian dan kemajuan negara – PM

MALAYSIA perlu melaksanakan transformasi secara menyeluruh bagi menjamin kelangsungan negara serta memperkukuh keupayaan dalam semua aspek termasuk martabat, harakat dan darjatnya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, transformasi tersebut memerlukan prasyarat utama iaitu tadbir urus dan tatakelola yang baik, di samping usaha berterusan memperbaiki kelemahan struktur dan menghapuskan kebobrokan dalam sistem pentadbiran.

“Penyasaran RON95 juga membolehkan kita menjimatkan antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion setahun.

“Dulu kerajaan pernah beri subsidi ayam sebanyak RM1 bilion, tapi kita mansuhkan sejak dua tahun lalu kerana ia hanya menguntungkan kartel.

“Sekiranya negara mahu memacu pertumbuhan dan menetapkan kedudukan lebih baik, ia tidak akan berlaku dengan mengekalkan kaedah atau dasar lama.

“Ada beberapa yang positif boleh diteruskan, tapi perubahan itu penting.

“Ini tidak mudah dilakukan kerana kekuatan kelompok yang biasa dengan amalan lama menguntungkan mereka, peribadi, keluarga dan kroni, tentu tidak senang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Ilmu PNB 2025, di ibu negara hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa perubahan tidak boleh dicapai sekiranya isu asas seperti rasuah dan salah guna kuasa masih berleluasa.

“Ada batas dan had tertentu dalam sistem sedia ada. Perkara ini perlu diambil dengan sangat serius. Apa juga ilmu atau pengalaman boleh kita pelajari perlu dikongsi dengan masyarakat.

“Apabila kita bercakap mengenai perubahan, asasnya adalah tadbir urus. Bagaimana kita mahu memahami dan melaksanakan transformasi sekiranya kita masih dibelenggu isu rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa antara bukti kejayaan pelaksanaan pembaharuan adalah penjimatan hasil penyasaran subsidi yang dapat dialih untuk manfaat rakyat.

“Penyasaran subsidi yang dilaksana sebelum ini meraih penjimatan kepada belanja kerajaan sehingga RM15.5 bilion, yang mana dana itu akhirnya dialihkan untuk manfaat rakyat,” katanya.

Dalam menyentuh isu transformasi berkaitan kecerdasan buatan (AI), beliau berkata, pendidikan rakyat melalui konsep Celik MADANI harus dipertingkat agar masyarakat memahami kepentingan pelaburan dan simpanan.

“Perbincangan mengenai AI dan digital tidak boleh dipisahkan daripada isu ketersambungan. Persoalannya ialah, adakah akses digital menyeluruh dapat dijamin untuk kawasan bandar utama berbanding kawasan luar bandar dan kelompok miskin bandar yang mungkin masih ketinggalan dari segi kemudahan dan capaian internet,” ujarnya.

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar turut mengingatkan bahawa sebarang usaha mengenakan cukai baharu kepada rakyat harus disertai dengan komitmen mengurus hasil negara secara berhemah.

“Mengapa kita perlu mengenakan cukai sedangkan hasil dikutip selama ini belum dibelanjakan dengan baik?

“Mengapa perlu kita beranggapan hasil yang dikutip itu dibelanjakan dengan sempurna dan tiada kebocoran,” katanya.

Jelas beliau, Malaysia harus terus mencari pendekatan baharu dan mencontohi amalan terbaik dari negara lain untuk memperkukuh daya saing serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Related Posts

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera