NADI terima anugerah khidmat terbaik sempena PMR 2025 Melaka

PUTRAJAYA – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) – inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) – sekali lagi mencatat kejayaan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Terbaik pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau dekat Alor Gajah, semalam.

Reruai NADI – pada program dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu – menyediakan pameran dron, pengalaman realiti maya (VR), aktiviti robotik serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui modul ‘Tiny Techies’.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan jantung menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memperkenalkan inovasi terkini dalam bentuk mudah difahami oleh komuniti setempat turut disediakan.

MCMC melalui kenyataan hari ini memaklumkan, program berkenaan adalah kesinambungan usaha NADI dalam mendekati pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara menerusi PMR.

“Golongan belia turut menunjukkan penyertaan aktif melalui Kempen Internet Selamat (KIS) dan pertandingan e-Sukan NADI MADANI seperti Mobile Legends dan e-Football.

“Dalam masa sama, Perkhidmatan Pintar NADI turut menarik perhatian dengan lima fokus utama iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan bagi membantu masyarakat mempertingkatkan kemahiran digital serta ekonomi,” katanya, lapor Bernama.

Anugerah berprestij itu disampaikan Pengarah Seksyen Program Strategik, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi, Jabatan Perdana Menteri, Mohd Zainuddin Mohd Noor kepada Ketua Pejabat NADI MCMC, Mohd Arif Adenan.

Sepanjang siri PMR tahun ini, lebih 10,000 ahli baharu mendaftar dengan NADI dengan lebih 15,000 pengunjung menyertai pelbagai aktiviti interaktif serta pameran di reruai berkenaan di seluruh negara.

Kejayaan itu membuktikan sambutan hangat rakyat terhadap usaha berterusan MCMC melalui NADI dalam memperkasakan komuniti dengan kemahiran digital, akses teknologi dan maklumat, seiring dengan matlamat merapatkan jurang digital serta meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Related Posts

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

PUTRAJAYA – Pemberian Baucar Buku MADANI RM100 disifatkan bantuan tepat pada masanya ketika golongan mahasiswa ketika ini berdepan peningkatan kos sara hidup dan keperluan pembelajaran yang semakin tinggi. Mahasiwa Sarjana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKM beri amaran premis kesihatan tidak berlesen, penguatkuasaan akan diperhebat

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran bahawa sebarang penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan hanya boleh dijalankan di premis yang berdaftar atau berlesen di bawah Akta 586. Kementerian itu menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan