Penduduk Pulau Berhala terima manfaat program ‘Satu Rumah Satu Lampu’

SANDAKAN – Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Frankie Poon Ming Fung meneruskan usaha membantu masyarakat setempat apabila menyerahkan lampu solar kepada penduduk Kampung Pulau Berhala Laut di bawah program ‘Satu Rumah Satu Lampu’.

Menurutnya, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan tahap keselamatan penduduk, menyediakan pencahayaan lebih baik pada waktu malam serta memperbaiki taraf hidup komuniti kampung atas air itu.

“Pulau Berhala bukan tempat yang kami datang setahun sekali, ambil gambar dan kemudian hilang.

“Kami datang berkali-kali untuk membaiki, membantu dan membina bersama masyarakat,” katanya dalam satu kenyaatan pada Ahad.

Frankie berkata, program tersebut merupakan kesinambungan kepada pelbagai usaha yang telah dijalankan sebelum ini termasuk pembekalan air bersih, pembinaan jambatan, kemudahan pendidikan dan nelayan di kawasan berkenaan.

“Lampu solar ini sebahagian daripada usaha berterusan yang telah kami mulakan sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa walaupun kini sudah meninggalkan Parti Tindakan Demokratik (DAP), perjuangannya untuk rakyat tidak pernah berhenti.

“Saya sudah meninggalkan parti, tetapi saya tidak pernah meninggalkan rakyat.

“Yang saya pegang bukan logo, tetapi janji, amanah dan khidmat,” jelasnya.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, Frankie menyeru penduduk agar menilai berdasarkan usaha dan kerja yang telah dilaksanakan.

“Ingat nama saya, Frankie Poon. Pilihlah manusia yang bekerja untuk anda, bukan simbol politik,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada penduduk Pulau Berhala atas sokongan yang tidak pernah putus, sambil berjanji untuk terus bersama mereka dalam memperjuangkan pembangunan kawasan itu.

“Kita telah mulakan banyak pembangunan di Pulau Berhala. Jangan biarkan momentum ini terhenti separuh jalan.

“Dengan sokongan anda semua, kita akan terus bergerak ke depan.

“Hidup rakyat. Sandakan maju. Tanjong Papat terus di hati,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan